KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini amat penting dalam menjadikan bidang Pengajian Melayu sebagai satu bidang yang setanding dengan bidang-bidang ilmu lain yang sesuai dengan perkembangan zaman moden dan teknologi terkini. Secara langsung kajian mempunyai beberapa kepentingan iaitu:

  • Menghasilkan satu prototaip perisian komputer bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran terutama yang berkaitan dengan korpus linguistik dan linguistik berkomputer. Melalui korpus ini, modul-modul yang sesuai dan menarik yang berkaitan dengan bidang Pengajian Melayu dapat digunakan sepenuhnya.

  • Memantapkan khazanah hasil penyelidikan berkenaan dengan bidang-bidang ilmu dalam Pengajian Melayu.

  • Menghasilkan satu prototaip perisian yang boleh digunakan bagi memudahkan kajian terhadap analisis kata dan ayat bahasa Melayu setanding dengan alat-alat analisis yang ada yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam mengakses maklumat, membina kamus elektronik dan terjemahan mesin.

  • Membantu pelajar dan penyelisik mengkaji bidang Pengajian Melayu dengan berdasarkan kepada data sebenar, atau bahasa tabii (natural language) supaya kajian dan penyelidikan mereka lebih kukuh dan terkini.

  • Memantapkan kedudukan Akademi Pengajian Melayu sebagai pusat ilmu dunia Melayu.